Thursday, September 20, 2012

Untuk Sering Cekal dan Tabah Hati

1. Kesedihan dan keresahan yang anda lalui sepanjang hari sepatutnya membuatkan anda menjadi manusia yang lebih kuat lagi. Orang yang telah berkali-kali ditimpa kesusahan di dalam hidupnya, mereka itulah sebenarnya manusia yang benar-benar berjaya. Sehari-harian melayan bermacam-macam kerenah anak-anak kecil benar-benar mengajar anda akan erti sebuah kehidupan. Andainya anda merasakan hidup anda sering ditimpa dengan berbagai-bagai dugaan, percayalah bahawa ramai lagi orang di luar sana yang turut berhadapan dengan ujian.Hanya bentuk dan cara ianya diturunkan sahaja yang berbeza.

2. Anda semua masih diberi ruang, masa dan kesempatan nikmat pelbagai di atas muka bumi ini, maka bersyukurlah hendaknya. Pasangkan niat selalu bahawa hidup ini adalah medan ujian buat kita semua .Dunia bukan tempat untuk semata-mata mencari kesenangan mahupun mengejar kemewahan. Sesekali kita diuji dengan musibah dan anggaplah ianya sebagai peluang untuk kita menguji sejauh mana kuatnya kita untuk menjadi hamba yang benar-benar tabah. Jika kita sering cekal bersama musibah dan kesusahan yang kita lalui, itulah sebaik-baik hamba Allah yang disayangiNYA.

No comments:

Post a Comment

Ulasan Pembaca?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...