Friday, September 21, 2012

sELAMAT pENGANTIN bARU bUAT “aNI dAN sHAHIR.”


Ini kisah bnr yg terjadi. Kisah di tgh kesibukan kwsn pmbgnn di pinggir ibu kota. Bermula dgn sbuah prshbtn yg ikhlas, yg bersefahaman antara satu sm laen. Prshbtn antara 2 insan berbeza jantina. Berusia di prtghn 20-an, kedua2 nya berusia sebaya. Seorang lulusan IPTA di tgh ibu kota, seorang lulusan IPTA di Pantai Timur Malaysia. Takdir menemukan mereka di tmpt kerja yg sma. Bekerja di sebuah syarikat pembuatan makanan terkenal di pinggir ibu kota.
Crita mengisahkn Adul, sorg anak rantau yg berkelana mencari rezeki di tmpt org dan Ani, sorg anak tmpatan yg berkerja di tmpt kerja yg sma. 2 org yg brshbt n brteman sehidup semati.Bekerja di tmpt kerja yg sma merapatkn hbgn mereka berdua. Bkn sbg kekasih ttp sbg teman baek. Takdirnya Ani sudah mmpunyai teman lelaki, Shahir.
Berjln melalui arus khidupan, Ani dan Adul berkongsi segalanya berdua. Adul mmpunyai prasaan pd Ani tp disimpannya jauh d lubuk aty krn itu tmn nya dan sdh berpunya. Segalanya dilakukan berdua. Pergi kerja juga bersama, mkn bersama, shoping bersama,  dlm erti kata laen, ms Ani dan Adul byk dihabiskn brsama.
            Kekurangan Ani ditampung dgn kehadiran Adul dan begitu sebaliknya. Ani seorg yg cpt panik, takut berhdpn situasi2 trtentu, dan slalu terlupa ssuatu yg penting utk apa2 urusan. Di situlah Adul akn mnyempurnakannya. Adul, sorg yg kuat tidur, slalu tertekan, dan terasa kesorgn. Maka di situlah Ani akan melengkapinya. Mereka memerlukan satu sma laen. Sebut sja Ani, akan hadir smbungan Adul di blkgnya, begitu juga lah dgn Adul, pasti Ani akan mnuruti. Pendek kata, di mna Ani, tak jauh dr situ akan kelihtan Adul. Adul sorg pemain bola sepak. Ani juga menemani Adul utk latihan dan mgikuti Adul jika ada prlwnn.
Ms berlalu. Posisi Ani sbg sorg Quality Officer di bahagian pembuatan makanan amat mmerlukan fokus dan konsentrasi yg tinggi. Sepanjang ms waktu bekerja boleh dikatakan tiada ruang untuk berehat kerana pembuatan mknn yg berjln tanpa henti. Kepenatan yang amat dlm mncari rezeki shinggakn kdg kala blk kerja, Ani terus terlelap dgn pakaian kerjanya. Malangnya Shahir x memahami. Shahir cuba menghubungi Ani d ms kerja tp Ani x dpt utk mmberi respons terutama ketika ketua jabatannya, Miss Pick Wai ada berhampiran. Miss Pick Wai sorg yg sgt tegas dan garang. Suaranya menjerit mmarahi sseorg yg mlakukan kslhn mmpu didedngari ke seluruh kilang pembuatan. Di situ bermulanya pertengkaran dari kecil shingga besar ketegangan. Segala yg dibuat Ani semuanya x kena di mata Shahir. Pada Adul tmpt Ani mngadu. Adul menasihati Ani dgn kata2 memujuk, yg Shahir sygkn Ani, mgkn Shahir terasa Ani mngabaiknnya.
Sehingga satu hari Shahir dtg mengambil Ani slps waktu kerja. Datangnya Shahir brtujuan mngambil brg yg disimpan pd Ani. Kepingan note US Dollar. Malangnya Ani mngatakan kepingan itu tlh hilang. Prkara itu mmbangkitkn kmrhn Shahir, maki hamun bersilih ganti, ktakutn Ani sbg sorg wanita diterjah dgn suara marah, menangisi ketakutan kesorgn di mlm hari. X pnh Shahir bersikap sebegitu. Sdgkn kepingan itu tlh ditukar kpd nilai wang malaysia, Ani mmbantu ibunya yg mmerlukan, saat ketika mmerlukan bantuan. Dihubungi Adul tmptnya mngadu. Kata2 Adul menenangknnya. Bermula malam itu, Ani da berkata dia xkn kmbali lg pd Shahir, kmuncak pertengkaran dan pergaduhan mereka selama ini yg setelah lma dipendam jauh di lubuk hati. Slps itu Shahir lgsg x mghubungi Ani, mgkn sangkaan Ani yg Shahir sudah bosan dgn dirinya, dan Shahir sudah jemu bersamanya yg trlalu byk kkurangn, pada hemahnya.
Peluang utk mereka bersama telah tiba. Adul yg menaruh hati pada Ani sekian lma, akhirnya diberikan ksmpatn melayan Ani sbg kekasih.  Mgkn takdir mereka brsama, prjlnn Ani dan Adul begitu lancar tnpa apa2 mslh. Kbahgiaan mereka di saksikn di mna2. Masing2 mmpunyai prasaan pd satu sma laen. Ikatan pershbtn yg istimewa bertukar mnjd ikatan cinta sejati. Lebih istimewanya, status pershbtn mereka, kekal tnpa menukar kpd psgn kkasih. Mereka berjanji utk tidak berpacaran, ttp bl tiba msnya terus berkahwin. Pglmn mereka berdua dgn ms silam mngajar kapel itu perkara yg sia2. Mereka ttp bershbt. Sehinggalah kpd perancangn mereka utk berkahwin. Segalanya sudah dirancang dan disusun utk mmberitahu kedua2 orang tuanya.
Shahir yg mula terasa kehilngan Ani, slps bbrp hari tidak mncari, mula dtg memujuk rayu. Segala kata2 indah, segala kenangan mula dicoret dlm sms, segala impian bersama Ani mula dibanting kembali utk memujuk aty Ani. Segalanya dilakukan utk mngambil aty Ani ttp gagal. Pada Ani gagal dipujuk, pada mak Ani tmpt bertukar sasaran. Pujukan pd aty seorang ibu akhirnya menggerakkn jiwanya utk kembali menerima Shahir. Ani dihubungi. Disuruh kembali segera ke rumah. Ari tu ari terakhir utk Ani dan Adul bersama. Hari itu berkebetulan diadakan smbutan hari lahir utk adik Ani yg bongsu. Pd mlm itu mak Ani bertegas, Ani akan dikahwinkan dgn Shahir, jika tidak Ani akn dibuang keluarga. Tangisan Ani sudah x berguna lg. Perancangn prkhwinan Ani dan Adul ilang sekelip mata. Ani mengikut kehendak keluarga.
Adul trus mninggalkn pekerjaannya dan kmbali brsama keluarga di utara tanah air. Mgkn takdir utk mereka bersama hny smentara. Slps kputusn ibunya, Ani juga tidak menghubungi Adul lg. Ani berkorban utk kgembiraan orang tuanya, katakan apa saja, Ani akan lakukan demi kedua insan yg plg berharga. Berlalu hari2 Ani dgn senyum tawar dan ketawa kOsOng yg merindui kelibat Adul di dpnnya, tiada lg tmn yg dulunya sntiasa brsama menemani ke mna sja, melengkapi kkurangn yg ada padanya. Doanya mengiringi Adul di setiap langkahnya. Begitu juga Adul yang memikirkn Ani di setiap gerak langkahnya, mengenang kehidupan brsama dlm smua perkara. Adul mnyepikan diri menangisi nasib diri. Adul cba mnghubungi Ani tp x berdaya. Hubungn Adul dan Ani terputus di tgh jln.
Tak lma lagi Ani akn melangsungkan perkhwinan dgn kekasihnya, Shahir. SemOga Ani bahagia dgn pilihaanya. Adul pula kmbali bermula smula sbg sorg yg kOsOng di awalnya. Kembali merantau ke tmpt yg baru, mncari rezeki dan mncari teman abadi. Prshbtn yg brmula dgn kosong kosong, seketika ada peluang utk dicintai, diberi peluang itu, dan akhirnya ditarik kembali, hilangnya sebuah ikatan istimewa seorang teman berkongsi segalanya. SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ANI DAN SHAHIR.


Thursday, September 20, 2012

Petua Remaja Untuk Tidak Mudah Jatuh Cinta

1. Jangan jadikan jatuh cinta sebagai pilihan anda. Jatuh cinta tidaklah salah tetapi apabila anda tidak bersedia untuk menempuh alam rumah tangga dan masih tidak berkemampuan, mengapa perlu hati disesakkan dengan satu lagi cinta? Lebih-lebih lagi ditujukan bagi adik-adik yang masih belajar di peringkat sekolah dan yang baharu melangkah ke IPT. Rumah tanga tidak akan bahagia jika hanya ada cinta sahaja. Tuntutlah ilmu-ilmu berkaitan terlebih dahulu dan dalami ilmu agama. Belajar memikul tanggungjawab dengan melakukan tugasan rumah.

2. Menjaga pandangan mata anda. Hal ini telah disebutkan Allah di dalam Al-Quran didalam surah an-nur. “ Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman agar mereka menjaga pandangannya… Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangannya…( An-Nur :30 dan 31)

Pandangan mata seharusnya bukan sahaja dijaga di alam realiti walhal di alam maya sekalipun. Seorang mukmin tidak sewenang-wenangnya melihat-melihat gambar yang berlainan jantina sesuka hatinya sehingga mampu merosakkan hati. Bukanlah bermakna, apabila sudah bersedia untuk berumah tangga, maka pandangan mata tidak perlu lagi dijaga. Tetapi menjaga pandangan mata adalah lebih kepada usaha untuk menjaga hati dan diri daripada terjebak kepada perkara-perkara yang tidak diredhai Allah. Bak kata orang tua-tua, dari mata jatuh ke hati.

3. Pelajari ilmu cinta dahulu. Ada orang yang ingin bercinta,tetapi tiada ilmu tentang cinta. Maka pelajarilah ia dahulu. Belajarlah untuk mencintai Allah terlebih dahulu, maka suatu hari nanti akan Allah kurniakan seseorang yang mencintaiNya untuk mencintai kita hanya keranaNya.

Untuk Sering Cekal dan Tabah Hati

1. Kesedihan dan keresahan yang anda lalui sepanjang hari sepatutnya membuatkan anda menjadi manusia yang lebih kuat lagi. Orang yang telah berkali-kali ditimpa kesusahan di dalam hidupnya, mereka itulah sebenarnya manusia yang benar-benar berjaya. Sehari-harian melayan bermacam-macam kerenah anak-anak kecil benar-benar mengajar anda akan erti sebuah kehidupan. Andainya anda merasakan hidup anda sering ditimpa dengan berbagai-bagai dugaan, percayalah bahawa ramai lagi orang di luar sana yang turut berhadapan dengan ujian.Hanya bentuk dan cara ianya diturunkan sahaja yang berbeza.

2. Anda semua masih diberi ruang, masa dan kesempatan nikmat pelbagai di atas muka bumi ini, maka bersyukurlah hendaknya. Pasangkan niat selalu bahawa hidup ini adalah medan ujian buat kita semua .Dunia bukan tempat untuk semata-mata mencari kesenangan mahupun mengejar kemewahan. Sesekali kita diuji dengan musibah dan anggaplah ianya sebagai peluang untuk kita menguji sejauh mana kuatnya kita untuk menjadi hamba yang benar-benar tabah. Jika kita sering cekal bersama musibah dan kesusahan yang kita lalui, itulah sebaik-baik hamba Allah yang disayangiNYA.

Petua Untuk Mengurangkan Dengkuran

• Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan

• Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur

• Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
• Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat

• Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari

• Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang

• Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang

Petua Untuk Tidur Lena

Masalah susah tidur ini merupakan suatu fenomena yang tidak asing lagi bagi masyarakat kita. Dan ini sebenarnya menjadi salah satu sebab utama faktor kemurungan dan keletihan pada keesokan harinya.

1. Langkah pertama ialah amalkanlah untuk keluar menikmati cahaya matahari di awal pagi. Ini dapat membantu menyelaraskan kembali sistem badan anda dan seterusnya membolehkan an
da tidur lena pada waktu malam.

2. Elakkan juga daripada mendapat cahaya yang terang terutamanya pada waktu malam. Ini kerana cahaya terang boleh mengganggu pengeluaran hormon melatonin.

3. Cubalah dapatkan suasana yang baik dan kondusif untuk tidur. Tidak semestinya mewah, tetapi cukup andai ianya membuatkan anda berasa selesa. Pastikan bilik tidur anda berada pada keadaan nyaman dan sejuk. Elakkan juga daripada dimasuki terlalu banyak cahaya.

4. Cuba elakkan daripada berpeluh sebelum tidur. Jika cuaca agak panas, jangan bersenam selepas pukul 6 petang kerana ini boleh menaikkan lagi suhu badan anda.

5. Cahaya biru daripada skrin komputer atau telefon bimbit boleh menurunkan paras melatonin dan menyebabkan anda semakin sukar untuk tidur. Justeru, elakkan daripada melayari komputer terlalu kerap khususnya beberapa minit sebelum tidur.

6. Langkah yang terakhir ialah kurangkan pengambilan kafein seperti minuman ringan, kopi, coklat, teh dan sebagainya. Kalau boleh, elakkan sama sekali selepas waktu tengahari.

Zikir Murah Rezeki Dari Imam Ghazali

Imam Ghazali mengajarkan suatu amalan untuk dibaca setiap hari. Menurutnya orang yang mengamalkan amalan ini akan dimudahkan segala urusannya dan dilapangkan rezekinya, serta dihindarkan dari segala macam kesulitan. Amalan ini dibaca untuk setiap hari yang berbeda sebanyak 1000 kali.

Hari Isnin baca “Lahaula walaa quwwata illaa billahil ‘aliyyil ‘adhiim”, ar

tinya “Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatanTuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar”

Hari Selasa baca “Allaahuma shalli ‘alaa sayyidina Muhammad wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wasallim”, artinya “ Ya Allah berilah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan para sahabatnya dan juga keselamatan.”

Hari Rabu baca “Astaghfirullahal adhiim”, artinya “Saya meminta ampun kepada Tuhan yang maha besar”.

Hari Khamis baca “Subhaanallahil ‘aliyyil ‘adhimi wabihamdihi”, artinya “ Maha suci Allah SWT dari segala sifat kekurangan Tuhan yang maha tinggi dan maha besar.”

Hari Jumaat baca “Ya Allah “

Hari Sabtu baca “Laailaaha illallaah“, ertinya “Tiada tuhan selain Allah.”

Hari Ahad baca “Ya hayyu Ya Qayyuum”, ertinya “Wahai yang maha hidup dan berdiri sendiri.

Canaries FC


#Tahniah kpd team Canaries FC smlm yg mendUdUki tmpt ke 4 kejOhanan jempUtan efans di UNITEN pada 17/9/2012...penyertaan pertama yg membanggakan...kalah di separUh akhir menerUsi penentuan sepakan penalti kpd team RTM slps terikat 0-0 ms perlawanan...smOga Canaries FC terUs mantap demi masa depan!

Berikut kedudukan mata akhir setiap kumpulan & keputusan peringkat kalah mati kejohanan jemputan EFANS anjuranh HKC LK 2012:-

GROUP A:
HKCLK FC - 9
Tokgajah.com (TGC) - 6
Johorfc.com - 1
SAM FC - 1

GROUP B: 
Kelate.net (KDN) B - 7
Berita Harian (BH) FC - 6
Per Anak2 Terengganu KL (PESAT FC) - 4
Bigfields Canaries FC (BCFC) A - 0

GROUP C:
RTM Sekilas Liga - 9
Yob4ever.com - 4
Ganusoccer.net (GSN) -2
HKCLK B - 1

GROUP D:
Terengganu FC Lembah Klang (TFC) - 9
BCFC B CANARIES FC (The City Canarians) - 4 (kelebihan jaringan dan kUrang bOlOs)
KDN A - 4
DuniaSukan - 0

SUKU AKHIR:-
1) HKCLK FC (0) vs (0) BCFC B CANARIES FC (The City Canarians) [BCFC B menang penalti 5-4) 
2) RTM Sekilas Liga (0) vs (0) BH FC [RTM menang penalti 3-2)
3) KDN B (3) vs (0) Yob4e [KDN B menang percuma Y4e tarik diri]
4) TFC (0) vs (0) TGC [TGC menang penalti 4-3]

SEPARUH AKHIR:-
1) RTM (0) vs (0) BCFC B CANARIES FC (The City Canarians) [RTM menang penalti 4-3)
2) KDN B (3) vs (0) TGC

TEMPAT KE3/4:-
TGC (1) VS (0) BCFC B CANARIES FC (The City Canarians)
[TGC menang penalti 'sudden death' setelah 0-0 sepakan penalti]

AKHIR:-
RTM Sekilas Liga (3) vs (2) KDN B 
[RTM menang menerusi penentuan penalti]

Johan: RTM Sekilas Liga 
Naib Johan: KDN B
Ketiga: TGC
Keempat: BCFC B CANARIES FC (The City Canarians)

Tahniah kpd JUARA baru RTM!Tahniah kpd smUa pasUkan~





Team BCFC B mengharumkan nama pasukan, terharu dan sedikit bangga apabila nama disebut2 dalam tv1 & astro awani dan astro arena, sejak tghari td sampai la ke malam ni (18/9/2012).. Walaupun hanya berbekalkan duit kocek sendiri dan jc pinjam, mereka mampu buktikan dan hasilkan sesuatu yg menaikkan nama pasukan. Tahniah BCFC B!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...